DUN Sarawak | RUU Perbekalan Tambahan 2022 dilulus

2022-05-20 0

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2022 tanpa bahas selepas bacaan ketiga oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Jelas Timbalan Premier Sarawak Itu, RUU berkenaan adalah bagi menampung perbelanjaan tambahan negeri berjumlah lebih RM60 juta.

RUU itu juga disokong Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.